
Wan Fayhsal terdahulu menafikan Bersatu pernah membincangkan perkara berkenaan, dan Sasha hanya menyuarakan pandangan peribadi memandangkan beliau bukan salah seorang “pemimpin utama”.
“Ini sekadar pandangan peribadi Wan Fayhsal. Apa perbincangan yang diperlukan?
“Ini pemahaman ekonomi asas, malah juga akal budi. Malaysia tidak sepatutnya terlepas peluang dalam konsert yang begitu menguntungkan dan menjadi dambaan setiap negara di rantau ini,” katanya di X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Sasha yang juga timbalan pengerusi biro perundangan dan perlembagaan Bersatu berkata, Indonesia sekalipun mahukan Swift membuat persembahan di situ walaupun ia mempunyai majoriti penduduk Islam tertinggi dunia.
“Menteri Pelancongan Indonesia Sandiaga (Salahuddin Umno) berkata bulan lalu ‘Kami memerlukan Switfonomics’ untuk Indonesia. Jika Indonesia bersedia menjadi hos konsert Swift, kenapa Malaysia tidak?
“Ini melibatkan kerja dan rangsangan ekonomi untuk Malaysia yang kita tidak sepatutnya terlepas peluang. Ketepikan politik, dahulukan ekonomi,” katanya.
Terdahulu New Straits Times memetik Sasha berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mesti menjelaskan peluang yang terlepas itu.
Beliau mendakwa perbincangan antara kerajaan dan pihak Swift dimulakan seawal 2022, tetapi tidak dimuktamadkan sebaliknya Singapura berjaya mendapat hak eksklusif menjadi hos persembahan bintang muzik itu di rantau ini.
Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengongsikan di X bahawa ia memang peluang yang terlepas.