
Penyelenggaraan bangunan secara berkesan bukan perkara mudah di Malaysia. Selain masalah kerosakan dan kecacatan permukaan akibat perubahan cuaca (seperti pengelupasan, pudar warna dan masalah kotoran dinding, pelbagai cabaran lain turut dihadapi pengurus hartanah seperti masalah kesesuaian sistem, penggunaan produk yang tidak betul, produk berkualiti rendah, penyediaan permukaan dan mutu kerja.
Ini mengakibatkan kesukaran penyelenggaraan yang boleh memberi kesan ketara terhadap nilai estetik dan ketahanan sesebuah bangunan sekali gus mempengaruhi nilai hartanah akibat kos penyelenggaraan yang tinggi.
Mengecat semula, pengalisan air semula, pemasangan semula lantai: Penyelesaian unik semua dalam satu.
Bagi menangani masalah khusus sebegini dan memberi manfaat serampang dua mata, Nippon Paint – peneraju penyedia Penyelesaian Lengkap Salutan Cat dan Pembinaan Nippon Paint di Malaysia
menawarkan penyelesaian cat dan binaan menyeluruh plaster, render, salutan skim, pelekat jubin, bahan kalis air, lantai, pengedap sealan, pelekat, pengisi binaan, salutan pelindung dan salutan seni bina.
Penyelesaian pengubahsuaian juga termasuk mengecat semula (memanfaatkan siri Weatherbond® yang baru dilancarkan), pengalisan air semula dan penyelesaian lantai semula bertujuan untuk memudahkan penyelenggaraan kepada pelanggan, menjadikannya lebih cekap dan mudah.
Penyelesaian pengubahsuaian berperanan sebagai pusat hubungan setempat kepada pelanggan seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk segala keperluan
penyelenggaraan – tanpa perlu melibatkan pelbagai pembekal, memudahkan proses dan mengurangkan kemungkinan berlaku kerumitan – memastikan segalanya berjalan lancar.
Nippon Paint mengenal pasti dan memahami pelbagai cabaran yang sering dialami pihak pengurusan hartanah, termasuk isu berkaitan kesesuaian sistem, penggunaan produk tidak betul, produk berkualiti rendah, penyediaan permukaan dan mutu kerja. Syarikat ini turut menyedari cabaran sebegini sering mengakibatkan masalah penyelenggaraan dan boleh memberi kesan kepada jangka hayat sesebuah hartanah.

Penyelesaian setempat ini memberi perlindungan menyeluruh, melindungi bangunan dari lantai hingga ke bumbung, malah apa sahaja yang terdapat di antaranya. Nippon Paint turut menyediakan
perkhidmatan lima langkah menyeluruh untuk kediaman, pemulihan semula bangunan komersial dan industri: penilaian tapak binaan, syor dan cadangan, permulaan kerja, penilaian pasca kerja dan serahan.
Malah, standard utuh dikekalkan Nippon Paint akan memastikan pematuhan kualiti ketat, penggunaan prosedur yang betul dan mutu kerja terbaik oleh pakar dalam bidang masing-masing
Penyelesaian Pengalisan Air: Bermatlamat meneraju penyelesaian inovatif, Nippon Paint yang bekerjasama dengan rakannya di China membangunkan satu sistem pengalisan air menyeluruh menerusi NippoSEAL, membran berasaskan cecair, NippoGARD, membran berasaskan lapisan, dan NippoCEM, membran bersimen – menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk kecacatan pengalisan air
dalam struktur terdapat di permukaan dan bawah tanah.
Penyelesaian Lantai: Inovasi Nippon Paint turut digunakan secara meluas terhadap pelbagai hartanah komersial, kediaman dan industri. Syarikat ini menyediakan penyelesaian menyeluruh yang sesuai bagi setiap keperluan seperti FLOORSHIELD untuk lantai industri, CAR PARK DECK untuk lantai parkir kereta, FLOORSPORTS untuk lantai gelanggang sukan dan FLOOR HARDENER.
Penyelesaian Mengecat: Nippon Paint menyediakan perkhidmatan setempat mengecat semula yang menyeluruh dan mudah, serta dapat meningkatkan nilai sesebuah hartanah. Kaedah lima langkah jaminan kualiti, memastikan mutu kerja terbaik sepanjang peringkat kerja berlangsung – daripada proses pramengecat, semasa mengecat, sehingga kepada pasca mengecat.

Paling Kuat, paling lasak, paling kental – Nippon Paint Weatherbond® yang dipertingkatkan memberi lebih banyak manfaat.
Baru-baru ini, Nippon Paint melancarkan cat luaran yang serba lengkap: siri Weatherbond® memanfaatkan kuasa Teknologi Kuarza dan Teknologi Fibra terkini, menawarkan ketahanan tiada tandingan terhadap cuaca ekstrem. Rangkaian cat terbaru dan dipertingkatkan ini terdiri daripada Weatherbond®, Weatherbond® Hi-Gloss, Weatherbond® Solareflect Extreme, Weatherbond® Ultimate.

Perlindungan paling kuat:
Siri Nippon Paint Weatherbond® yang menyediakan sehingga 15 tahun perlindungan terhadap cuaca ekstrem adalah cat berasaskan akrilik yang dirumus khas dengan Teknologi kuarza, menggunakan
mineral kuarza hablur mikro yang memberi cat paling kuat, paling lasak, dan paling kental untuk cat luaran.

Rintangan paling lasak:

Rintangan siri Weatherbond terhasil dalam bentuk Teknologi Sunblock, menyejukkan suhu permukaan dinding sehingga 5°C bagi mengekang kepudaran warna. Dinding luaran yang terdedah kepada cahaya UV yang teruk daripada matahari akan menyebabkan warna menjadi berkapur dan akhirnya pudar.
Teknologi Colour Care menyediakan rintangan cahaya UV sambil menyediakan lapisan cat lebih tebal, memberi warna lebih kaya, mengekalkan keindahan warna cat. Siri Weatherbond® membuatkan cat bangunan kediaman, komersial dan industri kelihatan baru selama bertahun-tahun lamanya.
Pertahanan paling kental:

Teknologi Keep Clean membantu memberi rintangan terhadap pengumpulan kotoran. Dinding luaran di negara-negara tropika terdedah kepada kotoran akibat tahap kelembapan yang tinggi dalam
persekitaran. Teknologi Keep Clean menyediakan permukaan kurang berbaur bagi merintangi kotoran dan terjadinya pengumpulan kotoran degil.
Teknologi Micro Block memastikan cat bertindak sebagai penghadang kepada pembentukan kulat dan alga, menjadikan dinding mudah diselenggarakan dan cantik dipandang.
Siri Weatherbond® turut memperkenalkan Weatherbond® Ultimate, memberi kelebihan ciri termaju Teknologi Fibra yang memperkuatkan lagi lapisan, menyediakan rintangan kukuh yang tidak dapat
ditembusi, melindungi permukaan daripada rekahan, mengelupas dan menjadi rosak.
Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint, Yaw Seng Heng, berkata Siri Weatherbond bukan sekadar memberi manfaat estetik.”
Tegasnya, manfaat unik kepada profesional industri menerusi rangkaian yang dipertingkat memberi pelbagai kelebihan perlindungan.
“Antaranya termasuk memanjangkan jangka hayat bangunan, meningkatkan nilai hartanah sambil menyerlahkan keindahan keseluruhan dan gaya hidup. Kelebihan sebegini mampu meningkatkan kadar penginapan dan kepuasan penyewa, menjadikannya pelaburan yang bijak bagi pengurus hartanah dan pemilik.
“Kami mempelawa kontraktor dan profesional terutamanya untuk melihat sendiri evolusi cat luaran menerusi pengenalan Teknologi Kuarza dan Fibra, siri cat terbaru daripada Nippon Paint.
Pencapaian bersejarah ini menetapkan standard baru dalam industri ini. Inilah teknologi masa depan dengan perlindungan paling kuat, rintangan paling lasak dan pertahanan paling kental dalam cat luaran,” kata Yaw.
Sejak 56 tahun lalu, Nippon Paint menjadi pengeluar cat dan salutan nombor satu di Malaysia dan Asia, memenuhi keperluan perniagaan dan kediaman. Nippon Paint yang terkenal dengan kemajuan jitu dalam industri akan terus mengorak langkah mencipta inovasi, berbekalkan pengalaman dan kepakarannya sebagai syarikat Penyelesaian Lengkap Salutan Cat dan Pembinaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengubahsuain setempat dan unik Nippon Paint, layari pautan ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint Siri Weatherbond, layari pautan ini.