
Khairy Jamaluddin berkata, gelaran seperti “madanon” dan “walaun” bersifat keji dan menghina.
Bekas Ketua Pemuda Umno itu yang juga menteri kesihatan ketika pentadbiran Muhyiddin, berkata gelaran seperti itu boleh membawa kepada kutukan lebih teruk seperti “khawarij”.
“Khawarij” menggambarkan orang Islam yang mempunyai pegangan melampau atau melaksanakan keganasan terhadap orang Muslim lain.
Khairy mengingatkan Anwar dan Muhyiddin kini sudah berusia 70-an.
“Muhyiddin dan Anwar dah jadi datuk… masih lagi nak guna panggilan ‘walaun’, ‘madanon’.
“’Come on, grow up, guys’,” katanya dalam episod terkini audio siarnya Keluar Sekejap yang dihoskan bersama bekas ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.
Muhyiddin menggunakan gelaran “madanon” ketika mesyuarat agung luar biasa Bersatu, baru-baru ini.
Istilah itu lazim digunakan penyokong PN untuk menggambarkan mereka yang menyokong pentadbiran Anwar yang menggunakan slogan “Malaysia Madani”.
Ia gabungan istilah “madani” manakala “Bang Non”, gelaran diberikan Anwar oleh keluarganya.
April lalu, Anwar dalam dialog bersama pelajar universiti menggunakan istilah “walaupun” terhadap pengkritiknya.