
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata tidak sepatutnya subjek seks kekal menjadi ‘pantang larang’ dalam masyarakat moden, terutama melibatkan isi rumah berpendapatan rendah.
“Kempen boleh dilaksanakan dengan mengedar risalah dan poster di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) untuk menimbulkan kesedaran.
“Garis panduan disebar luas kepada ibu bapa melalui pihak sekolah demi membantu kefahaman mendekati isu seks dengan anak-anak mereka.
“Lebih baik dibuat menerusi pendidikan, jadi mereka boleh berfikir sendiri,” katanya kepada FMT.
Azimah berkata, ibu bapa perlu sentiasa berbual dengan anak-anak mereka berkait apa berlaku dalam kehidupan mereka.
“Ia perlu bermula dengan perbualan normal untuk mewujudkan ikatan dan rasa percaya.
“Apabila rasa percaya dibina antara ibu bapa dan anak-anak, bercakap perkara lebih sukar dan penting berlaku lebih semula jadi,” katanya.
Azimah mengambil maklum berbanding di Barat, ibu bapa Asia tipikalnya mengelak bercakap berhubung seks.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain, mendedahkan jumlah rogol statutori libat remaja berusia 16 tahun ke bawah semakin meningkat.
Berdasarkan rekod polis, terdapat lebih 202 kes tahun lalu berbanding 2022 (bertambah 11.8%), kebanyakan membabitkan lingkungan dari keluarga berpendapatan B40.

Dalam pada itu, aktivis Vijayakumari Pillai menggalakkan orang awam terutama menetap di PPR mengguna pakai kaedah tradisi mengambil berat apa berlaku di sekeliling.
“Menjadi tanggungjawab ibu bapa melindungi anak-anak mereka. Kita tahu ada ibu bapa bekerja keras mencari rezeki, namun mereka perlu ambil tanggungjawab dan bercakap dengan anak-anak soal keselamatan kendiri.
“Sekolah juga sepatutnya secara kerap bercakap tentang keselamatan kendiri di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kanak-kanak kena sentiasa diberi ingatan selalu, dan maklumat mesti diperkasa,” kata bekas penolong pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat itu.