
Amaran itu dibuat selepas Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa diugut dan ditawar ‘habuan’ untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu telah dibantah oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan.
Susulan dakwaan Wan Saiful itu, Johari mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak membawa perkara ‘hearsay’ atau khabar angin ke dalam Dewan Rakyat.
Beliau menasihatkan sekiranya Ahli Parlimen tidak setuju dengan perkara seperti dakwaan Wan Saiful itu boleh membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Anda kecewa, emosi atau sebagainya tetapi saya perlu ‘run’ dewan ini. Saya tidak mahu mendengar perkara ‘hearsay’.
“Saya boleh gantung enam bulan sesiapa tak dengar cakap saya. Benda gaduh di luar jangan (bawa) masuk dalam dewan, selesaikan di luar,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Titah Diraja
Johari turut menasihatkan Ahli Parlimen untuk membawa perkara-perkara yang boleh diambil tindakan oleh kerajaan di Dewan Rakyat untuk menyelesaikannya.