Ada Cina pandu Grab pada Tahun Baharu sebab ekonomi lemah, kata Ahli Parlimen Bachok

Ada Cina pandu Grab pada Tahun Baharu sebab ekonomi lemah, kata Ahli Parlimen Bachok

Syahir Sulaiman memetik komen-komen di media sosial berhubung situasi yang dihadapi rakyat masa ini.

Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman kerajaan masih menafikan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik di sebalik luahan rakyat. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ramai orang Cina terpaksa bekerja pada musim perayaan mereka, menggambarkan keadaan ekonomi negara yang begitu baik ketika ini.

Syahir Sulaiman (PN-Bachok) mendakwa beliau ada membaca komen warganet terhadap artikel yang memetik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa ekonomi negara masih baik.

“Ada komen (di media sosial), hari kedua Tahun Baru Cina, pasar malam semua penuh dengan orang Cina jual makanan. Bayangkan betapa susah mencari duit masa kini,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Syahir turut berkongsi pengalamannya menaiki perkhidmatan e-hailing Grab yang dipandu seorang pemandu Cina pada malam hari pertama Tahun Baru Cina.

“Malah saya sendiri masa hari pertama Tahun Baru Cina, (saya) ambil penerbangan terakhir dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Sampai ambil Grab, nama dia Cina pada malam raya Cina. Saya masuk saya kata hello.. saya sebut Gong Xi Fa Cai. Beliau senyum dan kami berbual. Malam raya kena buat Grab,” katanya.

Syahir berkata maklum balas ini disuarakan warganegara sebenar dan bukan laskar siber.

Namun tegasnya kerajaan kerajaan masih menafikan serta tidak ambil berat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.