Disyaki terlibat 5 kes samun, 2 menyamar ‘pegawai imigresen’ ditahan

Disyaki terlibat 5 kes samun, 2 menyamar ‘pegawai imigresen’ ditahan

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan 4.30 pagi semalam di Ipoh dan Gerik oleh anggota Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh.

Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpulan.
PETALING JAYA:
Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun di Ipoh, Perak susulan penahanan dua lelaki tempatan yang menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai imigresen sebelum melakukan jenayah.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan 4.30 pagi semalam di Ipoh dan Gerik oleh anggota Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh.

Katanya, tangkapan dilakukan susulan lima laporan diterima berhubung kes samun berlaku dalam tempoh 23 Feb hingga 26 Feb lalu yang menggunakan penyamaran sebagai imigresen, membabitkan nilai kerugian RM6,000.

Beliau berkata pihaknya turut merampas beberapa barang kes termasuk kenderaan yang digunakan suspek.

“Dengan tertangkapnya dua suspek ini dipercayai sekurang-kurangnya lima kes samun yang dilaporkan di Ipoh dapat diselesaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.

Mohd Yusri Hassan Basri.

Yusri berkata saringan awal air kencing mendapati dua suspek terbabit positif dadah methamphetamine manakala semakan rekod lampau mendapati suspek berumur 25 tahun mempunyai dua rekod jenayah serta empat rekod kesalahan dadah manakala suspek 26 tahun mempunyai dua rekod dadah.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpulan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.