Remaja hilang mandi sungai ditemukan lemas

Remaja hilang mandi sungai ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemukan malam tadi selepas hilang dihanyutkan arus deras ketika mandi sungai bersama dua lagi rakannya.

Bomba berkata mayat Aloysius Alfred, 13, ditemui pada 9.50 malam tadi, kira-kira 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Pegalan dekat Kampung Panagatan di Keningau, Sabah pada petang semalam.

Mayat Aloysius Alfred, 13, ditemui pada 9.50 malam tadi, kira-kira 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba Keningau, Sharudy Delamin berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung sebelum memaklumkannya kepada pihaknya.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sharudy berkata, susulan penemuan mangsa operasi dan menyelamat yang dilancarkan ditamatkan.

Terdahulu media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berdekatan Kampung Panagatan.

Dalam kejadian pada petang semalam itu, Jainis Gampanga, 74, berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred dilapor hanyut dibawa arus sungai yang kuat.

Menurut kenyataan bomba, terdapat tiga lagi kanak-kanak, yang juga rakan kedua-dua mangsa, mandi di sungai tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.