Budak autism lemas dalam tasik

Budak autism lemas dalam tasik

Mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam di sebuah tasik dekat Taman Medan, Petaling Jaya.

Gambar mangsa yang dikongsi ibunya di Facebook sebelum ditemui lemas di sebuah tasik dekat Taman Medan, hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak autism ditemui lemas di tasik dalam kejadian dekat Taman Medan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam tadi.

Katanya, difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan anaknya pada 4 petang.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.

Terdahulu, ibu mangsa dilihat membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya berusia enam tahun yang hilang di Taman Aman sekitar 4 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.