
Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad berkata, negeri terbabit terdiri daripada Selangor, Johor, Sarawak, Pahang (Rompin, Pekan, Kuantan) dan Sabah (Sipitang, Beaufort).
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan koordinasi bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar, (JAS) serta Jabatan Mineral dan Geosains, sebagai langkah untuk menangani kebakaran hutan, sekiranya berlaku.
“Kita turut berkomunikasi dengan pihak ladang yang dikawal selia oleh pejabat daerah untuk mengekalkan paras air mengikut sukatan yang ditetapkan, selain meminta anggota melakukan rondaan khususnya di kawasan tanah gambut,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.
Nor Hisham berkata, berdasarkan perangkaan, kebakaran hutan merekodkan peningkatan pada tahun lepas dengan 1,291 kes berbanding 692 kes pada 2022.