Tesla bangun 2 stesen cas EV di P Pinang

Tesla bangun 2 stesen cas EV di P Pinang

Stesen-stesen 'Destination Charging' itu akan dibangunkan di All Seasons Place, George Town, dan The Ship Campus di Batu Kawan.

Sehingga kini, terdapat 6 stesen ‘Supercharging’ dan lapan stesen ‘Destination Charging’ Tesla di Malaysia di bandar-bandar utama di seluruh negara. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Tesla akan mengembangkan rangkaian stesen pengecasannya ke Pulau Pinang dengan membina dua stesen “Destination Charging” di All Seasons Place di sini dan The Ship Campus di Batu Kawan.

Syarikat automotif dan tenaga bersih Amerika Syarikat itu berkata, peluasan liputan stesen pengecasan ini memberikan peluang kepada pemilik kenderaan Tesla untuk menikmati perkhidmatan mengecas merentas negara dari Singapura ke Johor dan Pulau Pinang.

“Stesen ‘Destination Charging’ Tesla menyediakan pilihan pengecasan yang mudah dan terjamin bagi pemilik Tesla yang mana mereka hanya perlu pasang masuk ke soket dan menikmati pengecasan secara percuma.

“Menerusi aplikasi Tesla, pemilik boleh memantau status pengecasan dan menerima pemberitahuan apabila kenderaan mereka selesai dicas,” katanya dalam kenyataan.

Stesen pengecasan di The Ship menyediakan lapan pengecas manakala stesen All Season Place menyediakan empat pengecas.

Sehingga kini, terdapat enam stesen “Supercharging” dan lapan stesen “Destination Charging” Tesla di Malaysia, yang masing-masing menawarkan 30 dan 37 pengecas di bandar-bandar utama di seluruh negara.

“Tesla akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan di Pulau Pinang dan memperluas rangkaian pengecasannya di Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.