
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
“Dengan tertangkapnya suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan 20 kes samun di mesin ATM sekitar bandar raya Ipoh sejak Januari tahun lepas.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Yahaya berkata suspek aktif melakukan jenayah samun secara sendirian dan menyasarkan pelanggan yang sedang mengeluarkan wang di ATM.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan keselamatan diri khususnya ketika mengeluarkan wang daripada mesin ATM.