
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, berkata dakwaan itu bagaimanapun didapati tidak benar.
“Berdasarkan siasatan kita, tiada petunjuk dana disalurkan semula kepada pihak tertentu di Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Azam berkata, kerajaan telah memindahkan dana selepas permohonan NGO diluluskan.
Selain Syarul Ema, yang lebih dikenali Ratu Naga, SPRM juga merakam keterangan beberapa lagi saksi lain.
Jumaat lalu, Syarul Ema dibawa SPRM ke ibu pejabat yang digambarkan peguamnya, sebagai tangkapan.
Bagaimanapun, Azam kemudian menjelaskan dia dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM, berkait kesalahan menerima rasuah.