
Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti, Yusry Abdullah Sani berkata, operasi Khas Storm menemui enam pendaki itu dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.
“Mereka telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas EMRS dan kesemuanya dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, agensi terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah polis, Pejabat Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela.
Bernama sebelum ini melaporkan bomba menerima aduan kira-kira 7.31 malam berhubung empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki gunung itu.
Semua pendaki berusia 28 hingga 42 tahun yang dipercayai dari Selangor itu mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.