PM ziarah Rafizi di hospital

PM ziarah Rafizi di hospital

Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, perdana menteri mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.

“Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.

Pada Oktober tahun lepas media melaporkan Rafizi mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudiannya dilaporkan stabil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.