Polis tahan lelaki disyaki keldai akaun

Polis tahan lelaki disyaki keldai akaun

Suspek dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

Lelaki berusia 25 tahun itu Khamis lalu hasil maklumat awam dan risikan. (Gambar Rawpixel)
BALIK PULAU:
Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini, Khamis lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.

“Lelaki itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.