Menteri mahu Grab beri penjelasan selepas ‘rider’ hantar memo

Menteri mahu Grab beri penjelasan selepas ‘rider’ hantar memo

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata memorandum itu akan dikaji dan dibincang kementerian terbabit.

Semalam, sekumpulan penghantar makanan sebuah syarikat p-panggilan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan untuk memohon bantuan dan campur tangan kerajaan menyelesaikan isu upah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebuah syarikat perkhidmatan p-panggilan diminta memberi penjelasan selepas sekumpulan penghantar makanan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengangkutan untuk memohon bantuan dan campur tangan kerajaan menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata memorandum itu akan dikaji dan dibincang kementerian terbabit.

“Kita akan meminta Grab beri penjelasan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau ditemui ketika meninjau hari pertama pembukaan stesen LRT Bandaraya di Kuala Lumpur.

Semalam, sekumpulan penghantar makanan sebuah syarikat p-panggilan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan untuk memohon bantuan dan campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.

Memorandum itu diserahkan wakilnya, Mohd Adie Ali Nafiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Nor Fuad Abdul Hamid di Putrajaya yang turut dihadiri kira-kira 40 wakil penghantar makanan seluruh negara.

Beliau mahu syarikat p-panggilan itu mengembalikan kadar upah dahulu iaitu RM5 bagi satu pesanan yang disifatkannya sebagai lebih baik berbanding hanya RM4 atau RM4.50 ketika ini.

Sementara itu, mengulas nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Loke berkata hasil siasatan akan dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.