
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari, berkata Kementerian Luar memaklumkan kepadanya berhubung perkara itu dalam satu surat bertarikh 15 Feb lalu, lapor The Star.
Dalam surat yang kini tular di media sosial, kementerian mengarahkan Ops Ihsan tidak bekerjasama dengan tiga individu itu. NGO itu menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Jismi yang juga presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) berkata, ketiga-tiga individu itu tidak terbabit dengan kerja Ops Ihsan tetapi beliau masih mendapatkan maklumat lanjut mengenai penglibatan mereka.
Sementara itu, beliau menggesa aktivis dan NGO lebih berhati-hati ketika bekerjasama dengan organisasi asing atau individu.
Katanya, pihaknya kesal dan kecewa dengan kebocoran dan penularan surat berkenaan kerana boleh memberi persepsi negatif terhadap tiga individu terbabit.
Senarai itu yang dikeluarkan Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI yang berkongsi “maklumat berkaitan keganasan” dengan pelbagai agensi kerajaan AS.
FBI berkata, senarai pengganas itu adalah satu pangkalan data untuk mengenal pasti maklumat individu yang dipercayai atau disyaki terbabit aktiviti pengganas.
FMT menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan komen.