SPRM tahan Ratu Naga, kata peguam

SPRM tahan Ratu Naga, kata peguam

Syarul Ema Rena Abu Samah ditahan selepas pegawai SPRM melakukan serbuandi kediamannya di Jalan Klang Lama pagi ini.

Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali Ratu Naga ditahan SPRM pagi ini.
PETALING JAYA:
Pencipta kandungan media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Peguamnya, Nabila Khairuddin berkata ahli Perikatan Nasional (PN) itu yang lebih dikenali Ratu Naga, ditahan selepas pegawai SPRM membuat serbuan di kediamannya di Jalan Klang Lama, sekitar 9 pagi.

Nabila berkata, alasan penangkapan Syarul belum diketahui lagi.

“Saya dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya,” katanya kepada FMT.

“Pegawai penyiasat ada memberitahu saya mereka akan mengemukakan perincian lanjut sejurus saya bertemu mereka secara berdepan.”

FMT sedang mendapatkan SPRM untuk pengesahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.