Anwar hadiri mesyuarat tertutup pimpinan PKR Utara Semenanjung

Anwar hadiri mesyuarat tertutup pimpinan PKR Utara Semenanjung

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan itu secara berasingan, diiringi Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek.

BUTTERWORTH Anwar Ibrahim malam ini menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di Seberang Jaya.

Presiden PKR mengadakan pertemuan itu secara berasingan mengikut negeri namun tiada perincian diberikan mengenai sesi tersebut.

Beliau diiringi Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek.

Anwar, yang akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang esok, mempunyai jadual padat dengan kunjungan ke Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda pada sebelah pagi sebelum ke Persidangan Antarabangsa Zakat di Universiti Sains Malaysia.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Selepas itu, Anwar akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.