Kini menteri pertahanan kata Raja Affandi letak jawatan pengerusi LTAT

Kini menteri pertahanan kata Raja Affandi letak jawatan pengerusi LTAT

Khaled Nordin berkata beliau hanya merujuk kenyataan media LTAT yang mengumumkan 'persaraan' Raja Affandi Raja Noor.

Khaled Nordin sebelum ini berkata bekas pengerusi LTAT Raja Affandi Raja Noor ‘bersara’
KUALA LUMPUR:
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata beliau hanya merujuk kenyataan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mengumumkan “persaraan” bekas pengerusinya Raja Affandi Raja Noor.

Bagaimanapun beliau hari ini menjelaskan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebenarnya meletak jawatan.

“Saya hanya menggunakan kenyataan LTAT. Beliau (sebenarnya) meletak jawatan. Tiada isu mengenainya,” katanya kepada media selepas pelancaran kajian semula pertengahan penggal Kertas Putih Pertahanan.

Dua hari lalu, Raja Affandi mempersoalkan kenyataan Khaled bahawa beliau bersara, sebaliknya menegaskan meletak jawatan pengerusi LTAT berkuat kuasa 8 Feb lalu.

Menurutnya, beliau tidak akan mendedahkan kandungan surat peletakkan jawatannya yang turut dikemukakan kepada menteri dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan.

Khamis lalu, LTAT mengumumkan ‘persaraan’ Raja Afandi susulan pengunduran Ketua Eksekutifnya Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa, 1 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.