
Beliau berkata, pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan pada masa sama meminta petani, nelayan dan penternak mengambil langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik terutama ketika bekerja di lapangan.
“Cuaca panas ini akan dihadapi dalam tempoh lama dan golongan itu (petani) perlu mematuhi semua arahan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Keropok House & Industry Sdn Bhd di Seksyen 27.
Pada masa sama, Mohamad berkata pihak kementeriannya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) minggu depan, bagi membincangkan persiapan negara dalam menghadapi fenomena El Nino.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.