Lelaki Bangladesh pandu lawan arus ditahan

Lelaki Bangladesh pandu lawan arus ditahan

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan selepas videonya memandu melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing tular di media sosial semalam.

Lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dikesan memandu melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas dia dikesan memandu melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora, berkata suspek berusia 43 tahun ditahan pada 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi.

“Sebelum penahanan lelaki itu, Bahagian Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Tinggi telah mengesan rakaman video tular berdurasi 50 saat kejadian tersebut.

“Video memaparkan sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih dipandu secara melawan arus atau songsang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan saringan ujian air kencing, suspek didapati negatif dadah dan semakan ke atas kereta terbabit juga mendapati tiada rekod jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.