
Faizal berkata sejam sebelum kejadian kira-kira 4.30 petang, dia ada menghantar mesej kepada Aszura,37, namun hanya dijawab ringkas oleh kakaknya itu.
“Sebelum itu saya mesej kakak di WhatsApp, dia balas pun tak banyak jawab salam saya…lepas itu hanya cakap tunggu sekejap, itu sahaja. Sampai tempat kerja baru tahu kejadian itu.
“Kami memang biasa ke sungai itu dan ia tak dalam, biasa budak-budak boleh mandi tapi tak sangka ada kepala air datang,” katanya ditemui selepas pengebumian Aszura di Tanah Perkuburan Bidor tengah hari tadi.
Dalam kejadian , tiga lagi anak Aszura turut meninggal dunia akibat lemas iaitu Hanum Marissa, 2, Hafif Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, yang jenazahnya masih di Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Tiga yang lain yang turut terperangkap kejadian sama dilaporkan selamat.
Terdahulu, jenazah Aszura disembahyangkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor kira-kira 11.30 pagi dengan kehadiran lebih 50 jemaah.