Pelajar tajaan JPA boleh tangguh balik Malaysia untuk bekerja

Pelajar tajaan JPA boleh tangguh balik Malaysia untuk bekerja

Menurut JPA tempoh penangguhan dibenarkan untuk bekerja di luar negara tidak melebihi tiga tahun.

JPA berkata ia bagi memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat dalam negara.
PUTRAJAYA:
Kerajaan bersetuju pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.

“Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat di dalam negara,” menurut JPA dalam kenyataan.

JPA memaklumkan, penangguhan itu tertakluk kepada beberapa ketetapan, antaranya kebenaran bekerja berdasarkan permohonan dikemukakan pelajar tahun akhir di peringkat ijazah pertama dan tidak diberikan secara automatik.

Selain itu, tempoh penangguhan dibenarkan untuk bekerja di luar negara tidak melebihi tiga tahun dan pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh tersebut.

Menurut JPA, tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan dalam perjanjian.

Bagi pelajar tajaan pinjaman, JPA memaklumkan pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara dan hanya dibenarkan sekali sahaja selepas pelajar pulang ke Malaysia, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Feb ini menerusi laman sesawang https://myself.jpa.gov.my.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.