
Menterinya, Johari Ghani berkata, kerjasama ekonomi dalam sektor sawit antara Malaysia dan Mesir telah dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Duta Mesir di Malaysia, Ragai Tawfik Nasir, di pejabatnya pada Isnin.
“Mesir merupakan negara yang strategik bagi industri sawit kita kerana hampir 90% eksport Malaysia ke Mesir ialah sawit.
“Mesir mempunyai populasi bilangan penduduk seramai lebih 110 juta orang,” katanya di X semalam.
Beliau berkata, kedua-dua pihak juga sedang mengkaji perkongsian bagi strategi pemasaran produk sawit dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerjasama peserta swasta di kedua-dua negara.
Di samping Malaysia mempunyai kekuatan eksport sawit ke negara itu, Mesir juga mempunyai potensi kedudukan geografi strategik iaitu menjadi pintu masuk menghubungkan negara-negara Afrika Utara, katanya.