2 beranak lemas di kolam bukan kes bunuh, kata polis

2 beranak lemas di kolam bukan kes bunuh, kata polis

Polis berkata, hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kesan lebam, hirisan, tetakan atau akibat perlakuan jenayah mahupun rogol.

Polis berkata, hasil siasatan awal mendapati Risdy Rudy, 7, dipercayai lemas di kolam dan ibunya, Suriani Amir, 41, cuba menyelamatkannya sebelum turut lemas. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan punca kematian dua beranak di sebuah kolam dekat rumah mereka di Kampung Nasib Kita, dekat Tawau semalam sebagai mati mengejut (SDR), bukannya kes bunuh.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan awal mendapati Risdy Rudy, 7, dipercayai lemas di kolam itu dan ibunya, Suriani Amir, 41, cuba menyelamatkannya sebelum turut lemas.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Tawau pada 10 pagi dan 12 tengah hari tadi.

“Hasil bedah siasat, pakar patologi mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan kedua-dua mangsa, manakala punca kematian disebabkan lemas.

“Tiada sebarang kesan lebam, hirisan, tetakan dan sebagainya atau akibat perlakuan jenayah ataupun rogol,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan cerita tidak benar berhubung kejadian itu.

Terdahulu, dua rakaman video 25 dan 37 saat berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.