Nahas 7 kenderaan, laluan Gopeng-Simpang Pulai terhalang

Nahas 7 kenderaan, laluan Gopeng-Simpang Pulai terhalang

Kemalangan melibatkan empat kereta dan tiga treler.

Keadaan sebuah treler yang remuk dalam nahas melibatkan tujuh kenderaan di KM288.1 Gopeng ke Simpang Pulai terhalang.
PETALING JAYA:
Nahas empat kereta dan tiga treler mengakibatkan lorong dari kedua-dua arah di KM288.1 Gopeng ke Simpang Pulai terhalang, kata PLUS.

Katanya, kejadian dikenal pasti berlaku pada 7.38 pagi tadi dengan trafik tidak bergerak.

“Semua lorong kedua-dua arah masih terhalang. Trafik tidak bergerak,” katanya dalam X.

PLUS turut menasihatkan pengguna keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah selatan) dan Plaza Tol Gopeng (arah utara).

Setakat ini, jumlah dan keadaan mangsa terlibat belum dapat disahkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.