Henti bincang gabungan baru, terus kerjasama PH, bekas menteri beritahu Umno

Henti bincang gabungan baru, terus kerjasama PH, bekas menteri beritahu Umno

Salleh Said Keruak diheret ke dalam perbincangan gabungan akan datang hanya memberi kelebihan kepada pembangkang.

Salleh Said Keruak berkata Umno buat masa ini perlu fokus pada pentadbiran kerajaan dan bukannya bimbang dengan gabungan politik. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang bekas menteri menyeru Umno mengelakkan daripada membincangkan soal gabungan dengan parti lain sebaliknya menumpukan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).

Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak berkata ini kerana perbincangan itu hanya akan menguntungkan pihak lawan.

Menurutnya, seorang ahli politik yang bijak tidak sepatutnya menilai prospek masa depan gabungan politik semasa, di mana ia menjadi kepentingan politiknya.

“Ia bukan persoalan sama ada kita bersama mereka yang tidak bersalah atau bersalah, popular atau tidak popular. Sebaliknya, kita patut pertimbangkan apa yang terbaik dalam kepentingan politik kita,” katanya dalam catatan Facebook.

Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata: “Soalan siapa dan bagaimana gabungan kita pada masa akan datang bukanlah isu pada hari ini. Sekiranya kita membuka perbincangan tentang perkara ini, ia hanya akan memberi faedah kepada musuh politik kita.”

Katanya, Umno sepatutnya menggunakan peluang dengan bijak apabila berada dalam kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi negara.

Ahad lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata kerjasama PH-BN akan diteruskan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis “bersetuju” bayangan diberikan Zahid itu, yang didakwanya memudahkan pengundi Melayu membuat pendirian awal.

Terdahulu hari ini, Hassan Karim daripada PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu, tidak hanya “menumpang dahan” PH pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-BN kini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.