Mangsa dakwa dirogol inspektor ketika siasat kes pemerasan bahan lucah

Mangsa dakwa dirogol inspektor ketika siasat kes pemerasan bahan lucah

Polis berkata suspek memanggil wanita 23 tahun itu sebagai saksi untuk siasatan kes pemerasan bahan lucah membabitkan rakannya.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata suspek boleh digantung kerja jika terbukti bersalah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Inspektor polis yang direman berhubung kes merogol seorang peniaga kosmetik dalam talian mendakwa sedang menyiasat kes pemerasan bahan lucah ketika memanggil mangsa untuk tujuan siasatan.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata suspek memanggil wanita 23 tahun itu sebagai saksi untuk siasatan kes pemerasan bahan lucah membabitkan rakannya.

Katanya, mangsa kemudian mendakwa dirogolnya ketika proses siasatan.

“Kita sudah mendapatkan bukti fizikal untuk dihantar ke unit forensik dan mengambil semua barangan di lokasi kejadian bagi tujuan siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata suspek boleh digantung kerja jika terbukti bersalah kerana tindakan tatatertib lebih tegas akan dikenakan, apabila kes membabitkan anggota dan memberi impak kepada imej polis.

Terdahulu, Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi membenarkan permohonan reman ke atas inspektor 38 tahun itu selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Zaki memohon orang ramai memberi ruang kepada polis untuk menyiasat secara teliti kes itu dan tidak membuat spekulasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.