Pakar ragu laporan askar upahan Malaysia bantu tentera Rusia

Pakar ragu laporan askar upahan Malaysia bantu tentera Rusia

Munira Mustaffa berkata laporan itu datang daripada satu sumber Ukraine yang tidak disokong dengan bukti.

Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine mendakwa warga Malaysia antara menjadi askar upahan yang berperang bersama tentera Rusia di timur Ukraine. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Seorang pakar perangi keganasan ragu dengan satu laporan ketenteraan Ukraine yang mendakwa ada warga Malaysia menjadi askar upahan dan terbabit dalam perang Rusia-Ukraine di timur wilayah Donetsk.

Munira Mustaffa berkata, perlu ada bukti sokongan lanjut kerana maklumat itu, apa yang dikatakan sebagai askar upahan hanya datang daripada satu sumber, notis ringkas daripada Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine.

“Mereka tidak menjelaskan asas kepada kesimpulan mereka, sama ada ia visual atau isyarat perisikan atau adakah ia disahkan atau disokong. “Ini meningkatkan kemungkinan kesilapan dalam laporan mereka. Kesilapan boleh berlaku,” kata Munira, felo di Pusat Antarabangsa untuk Perangi Pengganas.

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiada maklumat mengenai warga Malaysia terbabit dalam perang Rusia-Ukraine tetapi beliau memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang menjadi askar upahan atau pengganas, walaupun di negara dilanda perang.

Munira berkata Malaysia meletakkan aktivi askar upahan sebagai kesalahan, dan boleh didakwa mengikut undang-undang keselamatan (Sosma) atau Kanun Keseksaan “kerana melakukan rampasan di wilayah mana-mana kuasa yang berdamai dengan Yang di-Pertuan Agong”.

Seorang lagi pakar pertahanan dan keselamatan, Mizan Aslam, berkata pihak berkuasa perlu memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa aktiviti askar upahan adalah kesalahan.

Bagaimanapun, kes warga Malaysia terbabit dalam perang Rusia-Ukraine ini “mungkin situasi yang rumit” kerana negara ini tidak dilabelkan sebagai negara pengganas. Tidak seperti terbabit dengan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Islamic State. Aktiviti seperti ini dianggap sebagai satu kesalahan.

Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine sebelum ini mendakwa warga Malaysia antara yang menjadi askar upahan berperang bersama Rusia.

Menurut laporan itu, warga Malaysia tersebut ditemani seorang penterjemah dan bekas anggota kumpulan bersenjata Wagner yang pernah berperang bersama tentera Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.