Pemain naturalisasi matikan bakat tempatan di pentas tertinggi, kata Teong Kim

Pemain naturalisasi matikan bakat tempatan di pentas tertinggi, kata Teong Kim

Beliau yang pernah menabur khidmat bersama remaja Bayern Munich berkata pemain tempatan berkualiti perlu diberi tempat beraksi.

Lim Teong Kim berkata program naturalisasi perlu dihentikan FAM kerana tidak memberi kebaikan meluas kepada sukan bola sepak negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menghentikan program naturalisasi, kata bekas pengarah teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim.

Ketanya, tindakan terlalu bergantung kepada pemain naturalisasi akan mematikan peluang pemain bola sepak tempatan yang berkualiti beraksi di pentas antarabangsa.

“Bagi saya program naturalisasi perlu ditamatkan kerana ia tidak memberikan kebaikan untuk bola sepak secara luas,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro Arena.

Beliau juga menggesa FAM untuk melihat semula situasi prestasi yang berlaku kepada pasukan Eropah seperti Jerman dan Itali antaranya disebabkan kekurangan pemain tempatan diberi peluang.

Lim Teong Kim.

“Pasukan Jerman yang kini menghadapi masalah paling teruk dalam pasukan kebangsaan mereka. Mengapa mereka menghadapi masalah yang teruk manakala mereka sudah menang Piala Dunia?” soalnya.

Teong Kim yang pernah berkhidmat untuk pasukan Bayern Munich bawah 19 tahun, berpendapat pergolakan yang berlaku dalam skuad kebangsaan Jerman itu disebabkan kurang pemain tempatan yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman.

Sementara itu, seorang lagi legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan menegaskan sekarang adalah waktu tepat memberikan lebih tumpuan dan perhatian terhadap program pembangunan, berbanding mendapatkan khidmat pemain luar.

Malaysia sebelum ini menamatkan aksi terakhir saingan kumpulan Piala Asia menentang Korea Selatan dengan keputusan seri 3-3, di mana gol penyamaan disumbangkan pemain naturalisasi, Romel Morales berasal dari Colombia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.