
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, ditemukan kira-kira 700m dari lokasi motosikalnya dijumpai.
Mangsa yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam, sebelum motosikalnya ditemukan di rumah pam itu tengah hari tadi.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata, pihaknya dimaklumkan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Emas, Sungai Lembing di sini pada 3.50 petang tadi.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih tidak dikenal pasti dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah diaktifkan.