ICJ perintah Israel ambil tindakan cegah genosid di Gaza

ICJ perintah Israel ambil tindakan cegah genosid di Gaza

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil dalam tempoh sebulan.

Pada peringkat ini, ICJ belum membuat pertimbangan sama ada Israel melakukan genosid di Gaza, proses yang akan mengambil masa beberapa tahun. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan genosid di Semenanjung Gaza.

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan, lapor Bernama memetik agensi berita Xinhua.

ICJ turut menggesa Israel mengambil “langkah segera dan berkesan untuk membolehkan perkhidmatan asas yang diperlukan segera dan bantuan kemanusiaan tersedia untuk menangani kesengsaraan rakyat Palestin”, lapor AFP.

Pada peringkat ini, ICJ belum membuat pertimbangan sama ada Israel melakukan genosid di Gaza – proses itu akan mengambil masa beberapa tahun.

Pada 29 Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan permohonan kepada ICJ untuk mengadakan prosiding terhadap Israel berhubung dakwaan pelanggaran kewajipannya mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid berkaitan tindakannya terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.