
Operasi akan disambung pada 7 pagi esok, menurut Timbalan Pengarah Bomba Md Gezani Md Ghazi.
Operasi SAR itu sepatutnya diteruskan hingga 10 malam dengan kekuatan 84 anggota pelbagai agensi.
“Hujan lebat menyebabkan cuaca buruk dan struktur tanah menjadi tidak selamat dan berisiko,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang tadi, lapor Bernama.
“Kita sedang pastikan semua anggota SAR keluar dengan selamat dari kawasan runtuhan.”
Md Gezani juga berkata, pasukan SAR akan berbincang untuk mengatur semula gerak kerja operasi esok.
Selain meluaskan kawasan pencarian, operasi akan memfokus kepada sektor penemuan dua mayat sebelum ini, tambahnya.
Terdahulu, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan.
Pada kira-kira 2.40 pagi tadi, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas dua rumah pekerja terbabit dengan kejadian tanah runtuh itu.