Dasar Ekonomi Madani mula tuai hasil, kata ahli ekonomi

Dasar Ekonomi Madani mula tuai hasil, kata ahli ekonomi

Ahli ekonomi berkata hasil dapat dilihat menerusi peningkatan ketara pelaburan langsung asing dan keluaran dalam negeri kasar.

Idham Razak daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia semakin tinggi.(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kurang setahun selepas kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat dilancarkan Julai lalu, ia dilihat mula membuahkan hasil berdasarkan petunjuk positif, kata ahli ekonomi.

Merujuk maklumat daripada CEIC Data, Idham Razak daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada hampir RM7.4 bilion (USD1.6 bilion) sehingga September lalu, mengatasi peningkatan RM5.13 bilion (USD1.1 bilion) pada tahun sebelumnya.

“Angka ini menunjukkan keyakinan terhadap prospek ekonomi, hasil daripada kerangka kukuh yang menekankan peningkatan jangka panjang serta pengurusan belanjawan,” katanya kepada FMT.

“Melalui fokus jangka panjang seperti pembangunan dan penyelidikan selain penyediaan kemudahan, syarikat mampu mewujudkan suasana stabil dengan perancangan tempoh lama serta pelaburan.”

Pada 27 Jul, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat bertujuan menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di Asia Tenggara sekali gus
memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.

Kerangka itu menetapkan tujuh penanda aras untuk dicapai sebelum 10 tahun termasuk menjadikan sistem pendidikan dipandu permintaan yang dipacu dengan pengukuhan kerjasama dengan antara industri dan majikan.

Goh Lim Thye daripada Universiti Malaya turut menggariskan kemampuan dasar Ekonomi Madani dalam menarik pelabur, dengan FDI bersih untuk suku ketiga 2023 meningkat berganda
berbanding tempoh sama iaitu kepada RM7.2 bilion.

Menurut Goh, pencapaian itu berjaya dicapai dengan dasar jelas dan sasaran strategi seperti meletakkan Malaysia di antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan meningkatkan kedudukan Indeks
Daya Saing Global.

Bagaimanapun beliau berpandangan penting supaya peningkatan pelaburan tidak hanya bersifat sementara dan usaha mengekalkannya harus dilakukan.

“Langkah ini membabitkan konsistensi dalam memperbaharui dasar, meningkatkan tenaga mahir, mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi serta sentiasa mengikuti aliran ekonomi global,” katanya.

Sementara itu, Ahmed Razman Abdul Latiff daripada Putra Business School berkata peningkatan positif keluaran dalam negeri kasar (KDNK) juga memberi petunjuk keyakinan dasar Ekonomi
Madani.

KDNK negara untuk suku ketiga tahun ini meningkat 3.3% di sebalik kelembapan pada suku kedua iaitu dengan 2.9%. Bagaimanapun suku pertama mencatatkan peningkatan 5.6%.

Ahmed berkata kejayaan itu dicapai dengan kemampuan kerajaan melaksanakan dan memastikan dasar sedia ada berjaya mencapai sasaran.

“Akauntabiliti tinggi, ketelusan dan kementerian diterajui individu layak cukup penting dalam faktor ini” katanya.

Pada masa yang sama, strategi ekonomi Madani melibatkan rasionalisasi subsidi. Pada tahun 2023, perbelanjaan subsidi dijangka melebihi RM81 bilion.

Perdana menteri menyatakan pendekatan rasionalisasi subsidi ini bertujuan untuk memastikan bahawa kawalan harga dan subsidi yang kekal untuk keperluan lain hanya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya, sambil mengekalkan kestabilan fiskal.

Dana yang dijimatkan dari subsidi umum dialihkan ke program khusus seperti Subangan Tunai Rahmah (STR), di mana kadar maksimum telah dinaikkan dari RM3,100 ke RM3,700. Tambahan pula,terdapat peningkatan dalam subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA), daripada RM600 ke RM1,200 setahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.