Kenaikan tarif bantu tingkat kualiti air di Kelantan, kata AKSB

Kenaikan tarif bantu tingkat kualiti air di Kelantan, kata AKSB

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata tambahan pendapatan itu boleh digunakan untuk membaiki paip bocor dan naik taraf loji rawatan.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata Kelantan berdepan dengan masalah paip bocor sehingga kadar kehilangan air tak terhasil mencecah sebanyak 50%.
PETALING JAYA:
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berharap kenaikan tarif air mulai 1 Feb ini mampu menampung kos operasi untuk membaiki paip bocor sekali gus dapat membantu mengatasi masalah air dihadapi rakyat negeri itu.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata Kelantan berdepan dengan masalah paip bocor sehingga kadar kehilangan air tak terhasil (NRW) mencecah sebanyak 50%.

Katanya, dengan adanya tambahan pendapatan itu, maka AKSB boleh mempercepatkan untuk membaiki paip yang bocor.

“Kadar NRW di Kelantan masih tinggi iaitu sebanyak 50% dan apabila paip yang mengalami kebocoran ini dibaiki, makan kadar NRW akan berkurangan,” katanya menurut Harian Metro.

Izani berkata, AKSB juga akan membaik pulih sistem rawatan di loji rawatan air (LRA) serta menaik taraf loji-loji lama supaya kualiti air lebih baik dan dapat mengatasi isu air keruh yang dihadapi pengguna sebelum ini.

“Kualiti air bermula di loji dan ada sesetengah LRA yang sistem pemprosesannya sudah agak lama dan perlu dibaiki serta dinaik taraf,” katanya.

Pada 19 Jan lalu, Kelantan mengumumkan tarif air baharu untuk pengguna domestik negeri itu naik sebanyak 23 sen bagi setiap satu meter padu, berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kenaikan itu susulan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara baru-baru ini mengenai tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan naik 22 sen bagi setiap meter padu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.