Tiada mesyuarat khas bincang lantik TYT baharu, kata Pejabat Premier Sarawak

Tiada mesyuarat khas bincang lantik TYT baharu, kata Pejabat Premier Sarawak

Pejabat itu menafikan laporan media menyatakan berlaku mesyuarat tersebut.

Pejabat Premier Sarawak menafikan berlaku mesyuarat khas membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN).
KUCHING:
Pejabat Premier Sarawak menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa berlaku mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Berhubung perkara tersebut, pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata pelantikan Yang di-Pertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan itu menggantikan Taib Mahmud.

Taib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, bagi menggantikan Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.