Bot karam di Empangan Chenderoh, mayat pemancing ditemukan

Bot karam di Empangan Chenderoh, mayat pemancing ditemukan

Mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan bomba pada 8.37 pagi tadi.

Menurut bomba, mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba bagi SAR sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
KUALA KANGSAR:
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh, di Kampung Chenderoh, di sini, ditemukan lemas hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM pada 8.37 pagi tadi.

“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang didirikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairul sebelum ini dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang rakannya karam akibat dibadai ribut kira-kira 5.30 petang, Jumaat.

Rakannya, bagaimanapun sempat diselamatkan pemancing yang berada di lokasi berhampiran kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.