Buruh ditahan rogol remaja 16 tahun, bapa tiri disyaki dalang

Buruh ditahan rogol remaja 16 tahun, bapa tiri disyaki dalang

Bapa tiri mangsa berusia 32 tahun turut ditahan polis di rumah mangsa awal pagi tadi.

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun melaporkan kepada polis bahawa dirinya telah dirogol di rumahnya awal bulan ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang buruh kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 awal bulan ini.

Suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian yang berlaku di rumah mangsa itu, lapor Sinar Harian.

“Mangsa memberitahu kakaknya (tentang kejadian) sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada 1.20 pagi tadi.

“Sebaik menerima laporan, polis menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi,” kata Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan.

Selain itu, kata Hanyan, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang dipercayai dalang kejadian tersebut.

Lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi tadi di rumah mangsa.

Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.