
Timbalan perdana menteri berkata, ada negeri yang merasakan soal banjir dan bencana tanggungjawab kerajaan pusat.
“Apa kita lakukan kerjasama ini harus terjalin daripada kerajaan pusat dan juga peringkat daerah serta (negeri).
“Ini bukan hanya soal tebatan banjir tetapi soal pengurusan bencana. Untuk itu ketepikan warna politik berbeza, terutama negeri yang tidak sama dengan kerajaan pusat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, kerajaan negeri juga harus mengambil tanggungjawab bersama kerajaan pusat dalam pengurusan banjir dan bencana.
Katanya, di pihak Nadma atau kerajaan pusat, kedua-duanya “buta warna” dalam soal bencana.
“Namun adalah lebih baik negeri itu beri respons dan kebertanggungjawaban segera kepada apa juga operasi kita lakukan,” katanya.