Pelajar cedera dihempap dinding runtuh

Pelajar cedera dihempap dinding runtuh

Bomba berkata pelajar perempuan berusia 16 tahun itu mengalami kecederaan pada paha.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dinding konkrit di sebuah sekolah menengah di Setiu, Terengganu. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang pelajar perempuan cedera selepas dihempap dan tersepit di celah dinding konkrit yang runtuh di sebuah sekolah menengah di Kampung Putera Jaya, Setiu, Terengganu, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Setiu, Mohd Razli Rapiae, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai pelajar perempuan berusia 16 tahun yang terperangkap bawah runtuhan dinding konkrit itu.

Katanya, sembilan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pelajar tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu.

“Pelajar perempuan itu didapati mengalami kecederaan pada bahagian paha,” katanya menurut Sinar Harian.

Razli berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.