
Ketua Polis Terengganu, Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan kompleks itu pada 7.30 pagi memaklumkan penemuan bungkusan itu pada 6.45 pagi.
“Hasil laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom IPK Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan di lokasi menemui satu bungkusan berwarna putih dibalut kertas A4 dengan dalamnya berisi bateri. Kita percaya ada cebisan lampu suluh dalam bungkusan itu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya memusnahkan bahan itu yang dipercayai diletakkan di lokasi terbabit malam tadi dan didapati tiada sebarang unsur letupan.
Katanya, barang kes dihantar ke Unit Forensik IPK Terengganu untuk penilaian lanjut dan pihaknya turut membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kompleks itu.
“Didapati tiada sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan di lokasi, namun kita akan membuat rondaan dan pemantauan di sana sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.