Dakwaan polis tak acuh, Hannah cadang latihan peka sensitiviti jantina

Dakwaan polis tak acuh, Hannah cadang latihan peka sensitiviti jantina

Hannah Yeoh ulas laporan seorang pelakon dakwa anggota di sebuah balai polis tidak acuh apabila dia buat laporan terhadap lelaki didakwa menghendapnya.

Hannah Yeoh berkata kenyataan atau pemikiran seperti itu akan menghalang siasatan dan tindakan diambil.
PETALING JAYA:
Hannah Yeoh mahu mencadangkan warga sebuah balai polis di Segambut, Kuala Lumpur, menjalani latihan peka sensitiviti jantina, selepas seorang wanita mengadu tentang kenyataan dianggap tidak sensitif terhadap mangsa hendap ketika membuat laporan.

Ahli Parlimen Segambut yang juga menteri belia dan sukan berkata, beliau akan bercakap dengan ketua polis daerah dan ketua polis balai yang berkenaan, untuk memastikan latihan peka sensitiviti diberikan.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini, pelakon Alvy Joanna mendakwa seorang anggota di Balai Polis Mont Kiara bersikap tidak acuh dengan berkata “mungkin dia sukakan awak kot”, apabila membuat laporan terhadap seorang lelaki didakwa menghendapnya.

Alvy juga dilapor berkata, dua lagi anggota polis tidak menegur anggota berkenaan, namun bersyukur dengan kehadiran mereka yang memandang serius aduannya.

Menulis di platform X (dahulunya Twitter), Hannah berkata “kenyataan atau pemikiran seperti itu akan menghalang siasatan dan tindakan daripada diambil.”

Sementara itu, Alvy dilapor berkata dia dihubungi seorang pegawai polis dari IPD Brickfields berhubung laporannya dan akan ke sana hari ini untuk rakaman keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.