Pecah masuk ikut bumbung, penyamun larikan barang kemas, wang RM9,500

Pecah masuk ikut bumbung, penyamun larikan barang kemas, wang RM9,500

Polis berkata mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira 10 pagi untuk berniaga di sekitar Jalan Ampang.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang suspek dipercayai memecah masuk rumah mangsa di Ampang Jaya melalui bumbung. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 selepas seorang lelaki dikesan memecah masuk rumah mereka di Ampang Jaya melalui bumbung.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek berada di atas bumbung rumah mangsa.

Ketua Polis Ampang Jaya, Azam Ismail, berkata mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira 10 pagi Sabtu lalu untuk berniaga di sekitar Jalan Ampang.

“Apabila pulang kira-kira 3 petang, mangsa mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak, manakala pintu bilik utama terkunci dari dalam.

“Mangsa menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik berkenaan, sebelum mendapati barangan berselerak, manakala siling terbuka,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa mendapati barang kemasnya bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,500 hilang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai berdekatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.