
Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah, berkata susulan itu seorang lelaki lingkungan 20an yang dipercayai operator pengendalian judi dalam talian ditahan.
Katanya, polis sedang mengesan pemilik sebenar premis berkenaan.
“Siasatan awal mendapati pusat tersebut telah beroperasi sejak Ogos 2023 dengan cara mempromosi judi dalam talian melalui panggilan telefon, Whatsapp, Wechat, Telegram, dan Facebook.
“Berdasarkan rekod transaksi, sindiket dipercayai mengaut untung lebih kurang RM2,000 sehari dan boleh mencecah RM60,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan.
Ahsmon berkata, pihaknya juga turut merampas sebuah komputer riba, sebuah router serta modem dan empat telefon bimbit.
Katanya, suspek direman sehingga 15 Jan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 4)1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.