Akses 5G: SKMM sokong tiada caj tambahan

Akses 5G: SKMM sokong tiada caj tambahan

SKMM akan pastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen kerajaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Selasa umum tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyokong komitmen kerajaan untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

SKMM dalam kenyataan berkata pengumuman Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Selasa lepas selari usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat.

Fahmi pada sidang media mengumumkan tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.

Menurut SKMM, pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang dinyatakan.

Suruhanjaya itu memaklumkan setakat 31 Dis lepas, perkhidmatan rangkaian 5G berjaya mencapai 80.2% liputan di kawasan berpenduduk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.