Digital Nasional Berhad kini bawah Kementerian Digital

Digital Nasional Berhad kini bawah Kementerian Digital

DNB kini bawah Kementerian Digital manakala SKMM kekal di Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan perpindahan beberapa entiti penting susulan rombakan Jemaah Menteri bulan lalu.
PETALING JAYA:
Digital Nasional Berhad (DNB) kini bawah Kementerian Digital, susulan rombakan Jemaah Menteri bulan lalu.

Rombakan bulan lalu menyaksikan Kementerian Komunikasi dan Digital dibahagikan kepada dua, dengan Fahmi Fadzil menerajui Kementerian Komunikasi manakala Gobind Singh Deo memimpin Kementerian Digital.

DNB adalah anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang diberi mandat untuk membangun dan melancar rangkaian dan prasarana 5G. Ia dilesenkan sebagai pengendali telekomunikasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perkembangan ini diumumkan Fahmi pada sidang media hari ini, yang turut mengumumkan bahawa SKMM kekal bawah kementeriannya.

Menyusuli DNB ke Kementerian Digital adalah CyberSecurity Malaysia yang akan dijenamakan semula, Malaysia Digital Economy Corp (MDEC), dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

Dalam pada itu, Mimos Bhd kembali ke Kementerian Sains dan Teknologi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.