
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, ia susulan saringan Covid-19 yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melibatkan 938 mangsa banjir.
Beliau berkata, mereka yang dikesan positif ditempatkan di bilik berasingan dengan dipantau pasukan perubatan dan kesihatan.
“Sementara itu, 61 kes penyakit berjangkit dikesan melibatkan 53 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), dua kes konjunktivitis dan masing-masing tiga kes penyakit kulit dan gastroenteritis akut (AGE) dalam kalangan mangsa banjir di seluruh negeri.
“Saya ingin menasihatkan mangsa terjejas menjauhi air banjir atau air tercemar, di samping kerap basuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Ling berkata, golongan berisiko tinggi serta bergejala digalakkan terus memakai pelitup muka.
Beliau yang turut meluangkan masa melawat PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya di Pontian semalam, memaklumkan tiga klinik fasiliti di Kota Tinggi, iaitu Klinik Desa Semanggar, Klinik Desa Batu 4 dan Petri Jaya yang terjejas banjir sudah kembali beroperasi.