
Di Lembah Klang, antara laporan polis itu dibuat di IPD Putrajaya, Cheras, dan Dang Wangi, hari ini.
“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid kepada Bernama
Di Perlis, Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan dua laporan polis dibuat berhubung gerakan itu.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Ismail Yusop, mendakwa wujud “Langkah Dubai” membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kemudian mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses dibenarkan Perlembagaan.
Terbaru, beliau yang juga ketua pengarah pilihan raya PN mendakwa sudah mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen mencukupi bagi membolehkan gabungan itu mengambil alih pentadbiran negara.